Gangguan Elektrik 17 Januari 2014 di seluruh Sabah

BANDAR RAYA Kota Kinabalu pulih daripada gangguan bekalan elektrik sepenuhnya pada kira-kira 6 petang.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pagi tadi dipulihkan sepenuhnya, kira-kira 6 petang ini.


Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd, Ir Abdul Razak Sallim, berkata sebaik gangguan bekalan berlaku pada 11.05 pagi yang menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna di negeri ini, SESB segera melaksanakan kerja pemulihan dan berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari.

Katanya, bekalan elektrik di Ranau pulih sepenuhnya pada 12.15 tengah hari diikuti Tawau dan Labuan (1 petang), Keningau (1.50 petang) Semporna (1.55 petang) dan sehingga 3 petang tadi, bekalan elektrik di Kota Kinabalu pulih kira-kira 70 peratus.

Abdul Razak berkata, bekalan tenaga di Sandakan juga pulih sepenuhnya pada 2.35 petang.

PEMANDANGAN sebahagian bandar raya Kota Kinabalu sebaik bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada kira-kira 6 petang.
Bagaimanapun, katanya, terputus semula selepas mengalami masalah terpelantit sekali lagi dan usaha memulihkan tenaga di daerah berkenaan masih berjalan.

"Sebelum kejadian pagi tadi, status permintaan bekalan (tenaga di Sabah) ialah 731 MegaWatt (MW) dan kapasiti yang kita janakan pada masa itu 877MW.

"Oleh itu, kita mempunyai margin atau lebihan tenaga sebanyak 146MW," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

OPERASI stesen minyak di Tobobon, Kota Kinabalu terjejas akibat bekalan eletrik terputus di seluruh Sabah.
Beliau menjelaskan, gangguan bekalan tenaga berkenaan tiada kena mengena dengan kekurangan bekalan tenaga sebaliknya disebabkan punca lain yang belum dikenal pasti, kerana ketika kejadian SESB mempunyai lebihan tenaga 146 MW.

Menjelaskan kejadian, Abdul Razak berkata sebelum kejadian pihaknya mengesan kerosakan pada pepasangan SESB UMS2 pada pukul 10.56 pagi dan berjaya memulihkannya dalam tempoh 0.001 saat.
Bagaimanapun, satu saat selepas kerosakan itu dibaiki dengan punca yang belum dikenal pasti, satu daripada stesen janakuasa bebas di Sepanggar terpelantik keseluruhannya sehingga menyebabkan SESB kehilangan antara 190MW hingga 200MW serta-merta.

Katanya, berdasarkan reka bentuk sistem penjanaan dan bekalan tenaga SESB penjana di Sepanggar tidak sepatutnya terpelantik, namun ia berlaku juga dan pihaknya masih mencari puncanya.

"Apabila kita kehilangan 200MW, ia turut menyebabkan satu lagi stesen janakuasa penjana bebas di Sepanggar terpelantik dan mengakibatkan janakuasa di Patau-Patau Labun turut terpelantik," katanya.

Beliau berkata, selepas kedua-dua janakuasa di Sepanggar dan satu di Labuan terpelantik, SESB kehilangan kira-kira 353MW ataupun 48 peratus daripada bebanan.

Katanya, sebagai respons kepada keadaan itu, pihaknya terus mengggerakan pelan kecemasannya dengan mengaktifkan enam 'Island Mode' di semua penjananya di seluruh Sabah.

KRONOLOGI GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI SABAH


* 10.56 pagi - Kerosakan di talian penghantaran kedua pencawang UMS2-Kampung Unggun, Menggatal.
* 10.57 pagi - Dua IPP di Sepanggar terhenti operasi, diikuti Janakuasa Patau-Patau, Labuan.
* 11.05 pagi - Sistem grid gagal berfungsi dan bekalan elektrik terputus di seluruh Sabah.
* 11.05 pagi - SESB mengaktifkan gerakan maklum balas kecemasan secara berasingan mengikut wilayah iaitu Malawa, Salut, Labuan, Pangi, Tawau dan Sandakan.
* 12.15 tengah hari - Bekalan elektrik di Ranau pulih.
* 1 petang - Bekalan elektrik di Tawau dan Labuan pulih.
* 1.50 petang - Bekalan elektrik di Keningau pulih.
* 1.55 petang - Bekalan elektrik di Semporna pulih.
* 2.35 petang - Bekalan elektrik Sandakan pulih.
* 3 petang - 70 peratus kawasan di Kota Kinabalu pulih secara berperingkat.
* 7.30 malam - 98 peratus kawasan di seluruh Sabah pulih.
* 9 malam - SESB menjangkakan semua operasi bekalan elektrik pulih seperti biasa.

Pemulihan elektrik berperingkat


Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih menyiasat punca kegagalan tiga penjana kuasa di Sepanggar dan Patau-Patau berfungsi sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh Sabah, bermula jam 11.05 pagi tadi.

Pengarah Urusan SESB, Abd Razak Sallim dalam sidang media, di sini sebentar tadi berkata, kejadian di luar dugaan ini turut mengakibatkan SESB kehilangan tenaga elektrik sebanyak 731 megawatt (MG) dari sistem rangkaian grid di negeri ini termasuk Labuan.

"Bagi mengatasi masalah ini, SESB mengadakan pemulihan secara berperingkat mengikut enam kepulauan iaitu Labuan, Pangi, Melawa, Tawau, Sandakan dan Salut.

"Sehingga jam 1.55 petang tadi bekalan elektrik berjaya pulih sepenuhnya di kawasan Ranau, Tawau, Labuan, Keningau dan Semporna.

ANGGOTA trafik melancarkan laluan persimpangan Jalan Sembulan setelah bekalan elektrik terputus di Kota Kinabalu.
"Manakala Sandakan dan Kota Kinabalu masih dalam proses pemulihan dan dijangka bekalan pulih sepenuhnya jam 9 malam ini," katanya.

Tambahnya lagi, dianggarkan lebih setengah juta pengguna terjejas akibat gangguan bekalan elektrik hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad