Kalau anda kanak kanak berusia 12 tahun ketika kali terakhir siri anime Dragon Ball ke udara di kaca televisyen, mungkin kini anda sudah menjadi ibu atau bapa orang. Tidak mengapa, kita semua masih muda di hati dan jiwa.
Fuji TV baru baru ini mengumumkan yang siri Dragon Ball akan kembali sebagai siri anime televisyen dengan tajuk Dragon Ball Super yang mengambil kisah selepas berakhirnya Dragon Ball Z.Pencipta siri kartun popular ini, Akira Toriyama akan mengambil tugas mengetuai siri anime untuk siaran televisyen Jepun ini.
Kali terakhir anime Dragon Ball ke udara adalah untuk siri Dragon Ball GT pada tahun 1996 sehingga 1997. Dan siri baru Dragon Ball Super akan ke udara bermula Julai 2015 ini. Kita tunggu bila akan masuk TV di Malaysia..