Nur Fathia Beri Respon isu dimaki hamun Nabila Huda di Instagram



Respon Nur Fathia isu dimaki hamun Nabila Huda di Instagram - Dua minggu lalu, pelakon seksi Nabila Huda telah memuatnaik status di Instagram yang seolah-olah memaki hamun Nur Fathia berhubung isu bergaduh dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab ketika penggambaran di London.

Status itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikut Nabila di Instagram kerana mereka takut tindakan Nabila itu mungkin akan mencetuskan permusuhan sesama mereka.

Nur Fathia yang ditemubual Utusan semalam memberitahu tidak langsung mengambil hati dengan maki hamun tersebut. Beliau cuma agak terkejut kerana selama mereka berada di London, Nabila tidak pernah menegurnya jika datang lewat.

"Agak sedikit terkejut dengan kenyataannya, kerana sepanjang berada di sana, dia tidak pernah pun menegur sewaktu saya datang lewat. Dia ceria sahaja, alih-alih dia keluarkan kenyataan begitu. Tak apalah itu haknya dan mungkin dia ada sebab berbuat demikian."

Ditanya tentang kesediaannya bekerjasama dengan anak Amy Search itu pada masa akan datang, Fathia menegaskan dia tiada masalah. Katanya, dunia hiburan tanah air kecil dan mereka tetap akan bertemu sesama sendiri.

"Biasa sahaja, saya tidak ada masalah dengan dia. Selepas ini kalau kami kena berlakon bersama, saya tidak kisah. Lagipun bidang seni kita bukanlah besar mana, pi balik pi balik, kita akan bertemu orang yang sama."

"Pada saya, setiap orang ada pandangan sendiri dan saya juga ada pendapat sendiri. Cuma saya sahaja yang malas untuk menguar-uarkannya."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad