HomeKisah ArtisTasha Shilla kecam follower Instagramnya Tasha Shilla kecam follower Instagramnya 0 Admin 12:18 AM SELEBRITI dan peminat sememangnya tidak dapat dipisahkan. Biarpun ada sesetengah selebriti berpendapat, kerjaya mereka masih boleh diteruskan tanpa peminat, namun hakikatnya, peminat juga memainkan peranan yang penting dalam kerjaya seninya. Terbaru, tindakan Tasha Shilla berkongsi gambar sambutan hari jadinya mengundang kritikan sesetengah pengikut di laman Instagram miliknya. Tidak cukup dengan itu, kemesraan Tasha dengan seorang lelaki pada malam tersebut juga menjadi bahan pertikaian hingga ada yang mempersoalkan hubungan mereka. Mengulas mengenai situasi itu, Tasha tidak mengambil teguran dan kritikan sebagai satu perkara yang negatif. "Sebagai selebriti, saya sedar segala tindak-tanduk yang kita lakukan pasti menjadi perhatian. Tindakan saya memuat naik gambar sambutan hari jadi itu dilakukan sekadar suka-suka. "Namun jika ada pihak yang kurang senang atau tidak menyukai gambar yang saya muat naik, mereka boleh 'unfollow' saya," katanya . Tambahnya lagi, sebagai selebriti, adalah sesuatu perkara yang lumrah jika ada pihak yang tidak menyukai seseorang selebriti itu. "Bukan sahaja selebriti, tetapi jika kita sebagai orang biasa pun, normallah jika ada yang tidak menyukai kita. "Apa yang penting, saya gembira dengan kehidupan saya sekarang dan orang yang berada di sekeliling saya juga gembira," ujarnya. Berkongsi harapan dan impiannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-27, Tasha berkata: "Impian saya agar kerjaya saya berkembang dengan baik. Mempunyai kehidupan yang baik, semuanya gembira dan mendirikan rumah tangga." Tags Kisah Artis Newer Older