Sedikit sedutan lirik lagu Enjut – Noraniza Idris Feat Cat Farish yang semakin menjadi bualan ramai. Kata mereka, bila dibaca berulang kali lirik lagu ini, seperti ada elemen kelucahan atau dalam konteks barat, double meaning.
Andai kata betul, lagu Enjut boleh dijadikan masterpiece ulung buat Noraniza Idris & komposer’nya.
Kami di POUNSIKOU! akui, tidak mempunyai daya imaginasi sastera yang tinggi.
Tetapi, sebagai pendengar biasa, kami amat terhibur dengan lagu Enjut, terutama’nya apabila di’gabungkan dengan elemen hip hop nyanyian Cat Farish. Campuran budaya barat & timur di dalam sesuatu lagu, bukan calang-calang komposer yang mampu menghasilkannya.
Namun, lain orang lain selera’nya. Kalau otak sudah berfikiran lucah, memang semua lagu pun menjadi lucah.
Pendek kata, layankan lagu ini & semua’nya terpulang kepada anda untuk menilaikan’nya.
Noraniza Idris ft Cat Farish
Lirik Lagu Enjut :
Cat Farish:
Hei nak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Dah keras kematu tak tahu mana arahnya
Noraniza Idris:
Takkan rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi
Layu..layu dan terbuang
Dibawa angin tanpa hala
Aduh mana pergi..
Ke mana terbang hendak terbang
Gelita hari penuh walang
Lantas kau kembali
Korus:
Noraniza Idris / Cat Farish:
Enjut ewah enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut jangan tak enjut
Enjut mari mari enjut
Enjut enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut nak tak enjut
Enjut ramai ramai enjut
Cat Farish:
Indah dan berlagu
Membuat kita mengenjut-ngenjut
Ikut rentak raggaethon gabungan
Gerakan dari yang asli
Ke kiri ke kanan
Goyangkan badan halus gerak geri
Jari jemari bersama diserikan
Noraniza Idris:
Tegak atau rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi
Pulang pulang engkau pulang
Ke akar umbi pangkal jalan
Ramai menantimu
Ke sini duduk diam-diam
Usahlah lagi kau tenggelam dalam kesamaran
Ulang Korus
Cat Farish:
Kencang nafas berdenyut nadi
Bagai kuda lari
Begitulah hati
Ke tepi duri-duri melingkari
Derasnya air membanjiri
Hunuskan kata sakti
Verse Rap:
Galak dicanang dagangan orang
Gelanggang haus bidang ke bidang
Pupus tradisi tidak
Monopoli pelesit bersangkar
Memajak butakan buru penunggu kota
Meraba-raba pulang ke pangkal desa
Pekik melaung sesat hingga ke akar umbi
Dicari di mana hilangnya jati diri