Allahyarham Abam yang pergi dalam tidur, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, selepas Asar, petang ini.
Pelawak terkenal, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi tadi, dipercayai akibat demam panas.
Berita pemergian Allahyarham Abam disahkan rakan seperjuangan, Achey yang menjadi antara sahabat terawal dimaklumkan mengenainya.“Saya diberitahu adik Abam, Ali Puteh bahawa arwah meninggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi. Arwah meninggal dalam keadaan sangat baik.
“Saya dimaklumkan selepas subuh, arwah bangun sebelum membuat keputusan untuk tidur seketika.
“Namun tak sangka, tidurnya itu untuk selama lamanya,” katanya yang bergegas ke rumah arwah selepas mendapat berita itu.
Achey berkata, arwah yang menganggotai kumpulan Bocey, dijangka dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
“Difahamkan, keluarga arwah mahu menunggu adik yang berada di Pulau Langkawi untuk pulang sebelum dikebumikan, petang nanti.
“Saya lihat isteri arwah reda dengan pemergiannya,” katanya.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia lima bulan.
'Kenapa kau pergi dulu Bam?'
DUA anggota kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad tak terkata dan hanya melinangkan air mata apabila berkongsi berita kematian sahabat mereka, Abam di Instagram masing-masing pagi hari ini.
Dalam perkongsian video berdurasi 23 saat itu, Achey menangis dengan suaranya tersekat- sekat dan menutup muka.
“Guys (anda semua), Abam dah tak ada,” katanya ringkas.
Achey turut menulis kapsyen, kenapa awal sangat Bam? Mana janji kau? Ya Allah.
Sementara itu, Fad pula dalam video berdurasi 21 saat berkongsi dia mendoakan Abam yang pulang ke Rahmatullah.
Tulis Fad, Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar.. Innalillahhiwaiinailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu Bam.
“Kenapa tak tunggu aku? Aku jauh ni. Aku nak peluk cium kau,” katanya.
Difahamkan, Fad kini berada di Tokyo, Jepun kerana bercuti bersama keluarganya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan,
dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.
Berita mengejutkan itu dimaklumkan adiknya, Ali Puteh selepas dihubungi isteri Abam memberitahu suaminya tidak sedarkan diri.
Menurut isteri Abam, Nor Hidayah, Allahyarham demam sejak dua hari lalu dan mengadu sakit kepala.
Abam yang kurang sihat, bagaimanapun enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Allahyarham dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kini berusia lima bulan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags