5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Filem Fast And Furious 7

5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Fast And Furious 7

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Filem Fast & Furious 7 yang ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini telah menjadi antara filem paling banyak kutipan diseluruh dunia.Filem yang dibintangi mendiang Paul Walker ini menjadi filem paling laris 2015 dengan kutipan sekali ganda dari modal pembikinan.

Filem ini menjadi salah satu filem wajib tonton bagi penggemar filem kerana merupakan filem terakhir yang dibintangi aktor terkenal Paul Walker yang juga dikenali sebagai Brian dalam filem ini.Namun disebalik kehebatan filem ini,ada beberapa fakta yang perlu anda tahu.
1. Kos pembikinan filem ini dikatakan mencecah USD190 Juta,namun kos itu meningkat USD50 Juta selepas kematian Paul Walker kerana pihak Universal perlu mengubah sedikit skrip yang tidak sempat diselesaikan Paul dan juga perlu mengupah pakar CGI bagi menstruktur semula wajah adik Paul supaya kelihatan sama seperti Paul Walker.


2. Jika anda lihat babak Brian,Toretto,Letty,Pearce dan Tej terjun dari kapal terbang bersama kereta,ramai menyangka ia merupakan babak CGI.Namun sebenarnya babak tersebut memang dilakonkan dalam dunia realiti! Kereta-kereta tersebut diterjunkan dari ketinggian 12,000 kaki bersama 2 orang jurugambar lagak ngeri atau digelar 'Stuntman' dan rakaman ini diawasi oleh sebuah helikopter bagi memastikan ia dilakukan dengan baik sekali.Namun hanya rakaman pelakon didalam kereta sahaja menggunakan CGI.


3. Antara salah satu punca filem ini memakan kos yang sangat tinggi ialah penggunaan ratusan kereta untuk beberapa babak yang berakhir dengan ia hancur sama sekali.Menurut WCJ, Universal telah menghancurkan hampir 230 buah kereta bagi merealisasikan pembikinan filem ini.

4. Selama 10 hari tayangan,filem ini telah berjaya mengutip lebih dari USD500 Juta melalui tayangan di pawagam seluruh dunia.Dan berjaya duduk sebaris dengan filem box-office yang lain seperti Harry Potter.

5. Filem ini sepatutnya ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2014 namun atas sebab kematian Paul Walker,ia ditunda sehingga April 2015 bagi menyelesaikan beberapa babak yang tidak sempat dilakonkan oleh mendiang Paul.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad