Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut apabila dihempap oleh sebuah televisyen di rumahnya di Taman Intan Mas 1, Teluk Intan, hari ini.
Kejadian berlaku pukul 1.25 petang apabila mangsa dikenali sebagai Sim Jyh Cherng dikatakan memegang skrin televisyen berukuran 29 inci ketika menonton rancangan kartun menyebabkan televisyen tersebut jatuh lalu menghempap bahagian kiri kepala anak sulung dari tiga adik beradik itu.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat, kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala.
“Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya, namun pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya.