Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa bermain sejenis permainan berbahaya yang kini dikatakan menjadi kegilaan di internet...
Brandon Stine (gambar) ditemui mati di dalam biliknya di Michigan, Detroit...
Ibu bapanya percaya bahawa anaknya itu telah bermain permainan "pass out", di mana pemain-pemain akan dengan sengaja menghentikan pengaliran udara ke otak agar mereka tidak sedarkan diri...
Di dalam permainan ini yang juga dikenali sebagai tap out, hangman, elevator, dan blackout, kumpulan remaja biasanya akan berpasangan di mana dua orang pemain ini akan menghentikan pengaliran udara ke otak antara satu sama lain dengan cara mencekik leher. Dengan ini individu yang dicekik akan hilang kesedaran (pensan) untuk jangka waktu yang singkat. Namun permainan ini juga boleh dilakukan sendirian...
Baru-baru ini permainan ini mendapat publisiti yang begitu hebat terutamanya di internet, apabila ramai remaja yang berkongsi gambar di facebook serta memuat naik video mereka yang sedang memainkan permainan ini di Youtube untuk dikongsi bersama rakan-rakan remaja lain di internet...
Sebuah badan bebas, The Dangerous Behaviours Foundation, DBF (Yayasan kelakuan berbahaya) yang mengambil langkah-langkah untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang bahaya dan risiko kelakuan remaja, melaporkan 26 kematian disebabkan permainan "pass out" ini di Amerika Syarikat tahun ini sehingga bulan oktober...
Menurut Yayasan itu lagi, 183 orang kanak-kanak telah terbunuh akibat bermain permainan ini sejak 2007...