Inilah Gambar Viral Wajah Penjual Telefon Tipu Pelancong Vietnam Yang Telah Menimbukan Kemarahan Warga Singapura

Jover Chew, pemilik kedai telekomunikasi, Mobile Air di Sim Lim Square

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Gambar Wajah Penjual Telefon Tipu Pelancong Vietnam Yang Telah Menimbukan Kemarahan Warga Singapore

Kejadian-kejadian yang menjadi viral baru-baru ini dimana seorang warga Vietnam merayu untuk mendapatkan duit balik selepas di tipu oleh Mobile Air di Sim Lim Square telah mengundang marah di kalangan warga Singapura.

Dengan usaha SMRT Ltd (Feedback), iaitu sebuah Facebook Fanpage, dan warga Singapura telah bersatu mengajar dan troll balik pemilik dan pekedai Mobile Air tersebut dengan cara yang tidak disangka-sangka.




Mereka telah menyelongkar apa sahaja mengenai Jover sebagai satu balas dendam









Kejadian sebelum ini dimana seorang pelancong Vietnam sepatutnya gembira dengan percutian ke Singapore telah berubah menjadi mimpi buruk, kerana dia telah telah di tipu Jover yang menjual IPhone 6. Setelah menyedari dia telah di tipu dia telah merayu supaya duit dia di kembalikan.

Dalam tangisan, pelancong ini berkata: “I don’t know. I borrowed (from) my friend, so I want to give (it) back to my friend, you know?”


Sebelum ini, Mobile Air pernah berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini.

Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam di situ untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.


Kerana kejadian berkenaan kerajaan China telah memperingatkan rakyatnya supaya berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Selain SMRT Ltd, seorang usahawan startup teknologi telah memulakan kutipan derma untuk Pham.


Mr Gabriel Kang menggunakan indiegogo.com untuk membantu Pham Van Thoa dan usahanya itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Singapore dengan mengumpul sebanyak SG$14,000 (US$11,000) dalam sehari. Sasaran sebenar hanya US$1350 bagi menghadiahkan Iphone 6 dan hadiah buatan tempatan seperti bak kwa, jem kaya dan pek rempah-ratus untuk Pham. Ketika ini duit terkumpul telah mencecah US$12,300.

Dengan duit sebanyak itu pastinya sesiapa tidak akan menolak jika diberi. Tetapi Mr Pham Van Thoa sangat berbeza apabila menjawab.

"Saya hanya kehilangan $ 550. Jadi saya hanya akan menerima $ 550 yang disumbangkan oleh anda yang baik hati. Saya berterima kasih atas semua kebaikan tetapi saya tidak boleh mengambil lebih daripada apa yang saya telah hilang, ".

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad