Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan pelakon, Zain Saidin tatkala melihat isteri tercinta, Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama mereka. Tanggal 1 November 2014 menjadi satu lagi detik bersejarah mereka berdua apabila lahirnya seorang bayi perempuan comel.
"Syukur alhamdulillah kerana Che Ta dan bayi dalam keadaan sihat. Jujurnya, ketika berada di bilik bersalin dan melihat sendiri proses tersebut, saya rasa seperti sedang bermimpi. Dan apabila anak dilahirkan, saya nangis di samping gembira dengan kurniaannya.
Wajah comel anak Che Ta dan Zain yang kini berusia tiga hari. Terima kasih Zain di atas kiriman gambar-gambar ini.
|
Ketika dihubungi Media Hiburan Online, Zain setia menemani isteri dan anaknya di hospital. Dan Zain mengakui, buat masa sekarang dia belum dapat menguruskan sendiri anaknya kerana masih di bawah penjagaan jururawat.
"Memandangkan masih di hospital, jadi jururawat yang sediakan semua apatah lagi sekarang anak ada sedikit kuning. Insya-Allah, kalau sudah pulang ke rumah nanti saya akan buat sendiri," ujarnya teruja.
Ditanya soal nama anak, seperti yang diberitahu sebelum ini mereka akan mengumumkannya pada hari ketujuh nanti.
"Selain nama anak, insya-Allah pada hari ketujuh juga kami akan mencukur rambut," tambah Zain lagi.