Foto Gambar : Tangan pelajar hancur, kotak meletup
Seorang pelajar ILP Gong Badak hancur pergelangan tangan kanannya manakala dua lagi rakannya cedera ringan apabila sebuah kotak meletup secara tiba-tiba di Kampung Padang Machang, Manir.
Dalam kejadian jam 4:30 petang itu, mangsa, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, sedang mengemas rumah yang baru disewa bersama dua lagi rakannya.Semasa sedang mengemas itu, Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tidak diketahui isinya dan secara tiba-tiba kotak itu meletup menyebabkan ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan.
Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menyiasat bahan yang terdapat dalam kotak misteri itu.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date