KLANG: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian tapak tangannya akibat letupan bom yang dibaling oleh dua suspek yang tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang dari Bukit Tinggi.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam 5 September yang lalu, mangsa dan 2 orang lagi rakannya dalam perjalanan pulang selepas makan. Kereta yang yang dipandu oleh mangsa melalui jalan berhampiran Klang GH Shell Station dihampiri oleh 2 suspek yang menggunakan sebuah motosikal.
Mangsa yang sedang memandu dengan tingkap kereta terbuka luas dibaling dengan sebuah objek berbentuk bola ke dalam keretanya oleh pembonceng motosikal berkenaan. Mangsa sempat menolak tangan suspek.
Malangnya objek berkenaan meletup di tapak tangan mangsa dan menyebabkan tapak tangannya cedera parah dan mengalami sedikit luka di bahagian muka seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu berjaya menyelamatkan dua orang lagi rakannya dari menjadi mangsa letupan objek yang dipercayai bom buatan sendiri.