Video seorang pelajar lelaki maut tersepit di pintu lif menjadi viral di media sosial China. Rakaman video keselamatan yang menunjukkan sebuah lif rosak turun naik sehingga menyebabkan mangsa maut tersepit ketika memasukinya.
Mangsa yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat kerana lif yang dimasukinya itu tiba-tiba naik menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.
Kejadian berlaku di Universiti Huaqiao, Xiamen, Tenggara China. Mangsa seorang pelajar arkitek universiti berkenaan.
Pasukan penyelamat cuba membantu mangsa tetapi mangsa disahkan telah mati di tempat kejadian kerana paru-parunya terhimpit menyebabkan mangsa tidak mampu bernafas. - AGENSI
Nota Kaki: Eeeiii! Takut plak naik lif pasni...