Ibu Murid Ditampar Berbekas Tampil Mohon Maaf



Ibu Murid Ditampar Berbekas Tampil Mohon Maaf

Georgetown: Gara-gara sikap yang terburu-buru mempercayai anaknya ditampar oleh guru sekolah, ibu bapa murid terbabit akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka bagi menyelesaikan masalah berkenaan secara baik sekali gus mengakui kejadian berpunca dari kesilapan mereka sendiri.

Dipetik dari Harian Metro:

“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, yang didakwa ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

“Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat,” katanya, semalam.

Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu. 

Nota Kaki: Saman tetap saman!

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad