ANTARA PUNCA CALON UPSR AKHIRNYA BUAT LAPORAN POLIS

ANTARA PUNCA CALON UPSR AKHIRNYA BUAT LAPORAN POLIS

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



ANTARA PUNCA CALON UPSR AKHIRNYA BUAT LAPORAN POLIS

Johor Bahru – Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diwakili bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, Tebrau, di sini, berikutan tertekan dengan penangguhan peperiksaan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Nur Syazwana Batrisya diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36.

Hadir sama menemani kedua-dua beranak itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya, Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee.

Abdul Aziz berkata, dia juga mewakili ibu bapa yang tertekan akibat penangguhan berkenaan.

“Anak saya hilang semangat dan tidak mahu menduduki UPSR selepas kejadian berkenaan. Saya dan isteri terpaksa memujuknya,” katanya.

Laporan polis berkenaan juga bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab supaya ia tidak berulang, lapor Hmetro.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad