Antara Luahan Hati Pesara Guru Mengenai Sistem Pendidikan Yang Teruk


Luahan Hati Pesara Guru Mengenai Sistem Pendidikan Yang Teruk

Saya seorang pesara guru, bersara pilihan umur 51 tahun.

Ramai tanya kenapa pencen cikgu? Saya bagitau sistem pendidikan yang ada sekarang, tidak langsung memberi ruang dan peluang pada guru untuk mendidik. Anak murid langsung tidak boleh dimarahi/denda. 

Akibatnya murid tak takut/hormat guru. Guru tak dapat kawal kelas kalau takde rasa hormat/takut murid. Murid jadi biadab pada guru.

Konsep guru penyayang, guru kena tunggu di pintu pagar dan ucap selamat datang kepada murid, siapa hormat siapa? Guru kah atau murid kah yang dihormati?

Ini membentuk peribadi biadab dalam diri anak-anak. Hasilnya guru hanya buat apa yang wajib sahaja. Masuk kelas mengajar murid yang nak belajar sahaja. Apa kesudahannya?

Generasi apa yang kita akan dapat? Malangnya hanya berlaku di sekolah sahaja. Di SJK Cina, PIBG bagi rotan pada guru untuk didik anak mereka. Orang melayu juga yang rugi sebab nak jadi omputih sangat.

Nabi bersabda:

"Beruntunglah mereka yang menggantungkan cambuk di rumah mereka untuk mengajar isteri dan anak"

Waulahualam hanya sekadar perkongsian.

Oleh Abdul Yazid Abdul Mutalip


Nota Kaki: Curi artikel ini tanpa kredit, nescaya anda buasir dan muntah sebulan. 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad