Post by Kickbola Network.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.... Cuma dimana, bila dan bagaimana semuanya menjadi rahsia-Nya... Di dalam al-Quran ada menyatakan...
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.. " (QS. Al Ankabut : 57)...
Bila disebut tiap-tiap yang berjiwa, maka termasuklah juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan bahkan apa sahaja yang mempunyai nyawa akan menemui ajalnya... Antara kata-kata popular Imam Asy-Syafie RahimahuUllah mafhumnya ; " Ramai manusia masih terleka disaat kain kapan mereka sedang ditenun..." Begitu juga dengan tikus ini, ia juga akan mati bila terkena perangkap seperti ini.... Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri dan berazam menjadi orang yang baik... Mudah-mudahan ketika kita dijemput-Nya, kita mendapat Husnul Khotimah iaitu mati di dalam kebaikan.... Amin3x....
Allahumma Ikhtim Lana Bi Husnil Khotimah Wala Takhtim 'Alaina Ya Allah Bi Suuu'il Khotimah.. Amin~
Ya Allah kurniakanlah kami kematian di dalam keadaan yang baik dan janganlah dikau kurniakan kami kematian di dalam keadaan yang tidak baik... Amin~
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim~