Pada hemat kami, ini mungkin iklan bermusim PETRONAS terbaik untuk sekian lamanya dan pertama kali menonton iklan berdurasi hampir 3 minit 30 saat ini kami sudah pun jatuh hati dengan konsep dan jalan cerita yang ditampilkan.
Menurut deskripsi PETRONAS sendiri, video pendek berjudul A Walk Through Time ini mengisahkan perjalanan dua orang kanak kanak yang merupakan sahabat baik sepanjang perjalanan penting negara Malaysia selama 57 tahun merdeka.Paling kami suka adalah latar belakang filem ini yang kami kira paling sempurna menggambarkan Malaysia dari tahun ke tahun — lebih lebih lagi munculnya pelbagai ikon Malaysia seperti tayangan filem P. Ramlee di pawagam, kemenangan Piala Thomas 1992, bas mini merah jambu dan semestinya suasana sambutan pengumuman kemerdekaan Malaysia.