Pelakon Sheera Iskandar Kini ayu Berhijab

Pelakon Sheera Iskandar Kini ayu Berhijab

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pelakon Sheera Iskandar Kini Berhijab

Pelakon cantik berbakat besar Sheera Iskandar yang juga anak kepada pelakon vetaran Aznah Hamid kini sudahpun melangkah kepada imej yang baru iaitu berhijab.

Menurut pelakon yang popular sebagai watak 'pengkid' menerusi filem Aku Bukan Tomboi ini, keinginannya untuk bertudung dan menutup aurat adalah datang dari hatinya sendiri bukanlah kerana sesiapa.

“Ia tuntutan wajib bagi saya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Saya mohon sentiasa dipermudahkan semua ini.

"Saya buat benda ini bukan sebab kerana orang lain tetapi atas kerelaan diri sendiri. Sebelum ini pun saya banyak berlakon cerita mengenakan tudung,” ujar Sheera.

Malah tambah Sheera lagi, dia selesa dengan imej barunya serta bersyukur kerana walaupun sudah berhijab tawaran berlakon masih diterima seperti biasa.




Tahniah Sheera. Moga istiqamah!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad