Peserta Unduk Ngadau ( Ratu Cantik ) ini akan berentap pada malam kemuncak pesta kaamatan 31 Mei 2014 di Pusat kebudayaan Negeri sabah di KDCA, Penampang.
Dalam setiap perayaan pesta kaamatan yang diraihkan di semua peringkat di negeri Sabah, terdapat satu pertandingan yang dinamakan "Unduk Ngadau'' ataupun pertandingan ratu cantik yang diterjemahkan sebagai ''puncak matahari''.
Konsep Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik ini dikaitkan dengan cerita pengorbanan Huminodun.Cerita rakyat kuno mengatakan bahawa, Kinoingan atau Minamangun iaitu dewa dan tuhan yang berkuasa dalam masyarakat kadazandusun telah mengorbankan satu-satunya anak gadis mereka untuk menyelesaikan masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang dihadapi oleh m asyarakat kadazandusun pada masa itu.
Satu-satunya anak gadis Kinoingan atau Minamangun itu adalah Huminodun. Mayat Huminodun yang telah dikorbankan itu dikatakan telah mengeluarkan bijih benih tumbuh-tumbuhan yang ada pada hari ini.
Sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan padi. Gadis yang telah diberi penghormatan dan dipilih sebagai unduk ngadau dalam pertandingan ini diibaratkan sebagai Huminodun dan mewakili sifat-sifat suci pengorbanan Huminodun yang dipuja.
Konsep Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik ini dikaitkan dengan cerita pengorbanan Huminodun.
Cerita rakyat kuno mengatakan bahawa, Kinoingan atau Minamangun iaitu dewa dan tuhan yang berkuasa dalam masyarakat kadazandusun telah mengorbankan satu-satunya anak gadis mereka untuk menyelesaikan masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang dihadapi oleh m asyarakat kadazandusun pada masa itu.
Satu-satunya anak gadis Kinoingan atau Minamangun itu adalah Huminodun. Mayat Huminodun yang telah dikorbankan itu dikatakan telah mengeluarkan bijih benih tumbuh-tumbuhan yang ada pada hari ini.
Sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan padi. Gadis yang telah diberi penghormatan dan dipilih sebagai unduk ngadau dalam pertandingan ini diibaratkan sebagai Huminodun dan mewakili sifat-sifat suci pengorbanan Huminodun yang dipuja.
p/ss: Oh Unduk Ngadau 2014: Kalau admin jadi juri, memang sukar untuk memilih siapa yg dinobatkan Ratu Unduk Ngadau 2014.. Tapi pilihan admin hanya 2 iaitu daerah PAPAR dan daerah Matunggong... Kamu pula pilih yang mana?
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags