Gadis Terpedaya dengan janji manis jejaka Sabah


Terpedaya dengan janji manis, gadis 19 tahun lari tinggalkan keluarga - Nur Ain Kamaruddin dilaporkan lari bersama teman lelakinya yang berasal dari Sabah sejak 1 Mei lalu - Gambar fail

AYER KEROH: Akibat terperdaya janji manis seorang jejaka dari Sabah, gadis berusia 19 tahun tergamak meninggalkan keluarga.

Ibunya, Latifah Abd Rahman, 53, berkata kali terakhir beliau melihat anaknya, Nur Ain Kamaruddin adalah pada petang 1 Mei lalu ketika pulang ke rumah untuk mengambil kunci motosikal.

Menurutnya, Nur Ain sepatutnya pulang ke rumah pada jam 11 malam dari tempat kerjanya di pusat membelah-belah di Ayer Keroh.

Dia turut difahamkan, anaknya juga tidak hadir ke tempat kerja selain kali terakhir ditemui pada tengah hari tarikhnya hilang bersama seorang lelaki Sabah.

Sewaktu ditemubual Astro AWANI, Latifah yang mengambil upah menjaga dua kanak-kanak merayu agar anaknya pulang semula ke pangkuan keluarga.

Menurut Latifah, dia sudah cuba menghubungi telefon bimbit Nur Ain namun gagal dan kali terakhir menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada anaknya, Nur Ain meminta agar ibunya tidak mencarinya lagi.

Nur Ain dikatakan sebelum itu berselisih faham dengan ibunya kerana tidak bersetuju dengan teman lelaki pilihannya.

Orang ramai yang mengenali Nur Ain atau mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi talian 019-6466581 atau menghubungi anak lelaki Latifah, Aidil di talian 017-8840036.
:: IKLAN ::

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad