Persoalan : Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang?

Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang

Kerajaan akan meneliti laporan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan seorang anak kapal MH370 cuba membuat panggilan ketika pesawat terbang rendah di ruang udara Pulau Pinang pada hari ia dilaporkan hilang.



Menurut laporan AFP, Kementerian Pengangkutan akan memberi kenyataan secepat mungkin mengenai laporan hari ini oleh akhbar New Straits Times itu.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata, pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan kerana kelajuan pesawat tersebut terbang.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad