Perbicaraan Khalwat Artis: Shah Jaszle hanya pakai 'boxer' ketika ditangkap

Shah Jaszle hanya pakai 'boxer' ketika ditangkap

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Gempar!! Kes Khalwat: (Gambar) Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah, Pasangannya Farah Nurizzati Salleh Mengaku Salah - Bayar Denda RM3 Ribu.. Jom Terjah!!!

9 Apr – Pelakon kontroversi, Shah Jaszle dikatakan hanya memakai boxer (seluar dalam) ketika diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangos (JAIS) di sebuah apartment Taman Sri Subang pada 16 Mei tahun lalu.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIS, Mohd Radzi Saliman yang turut berkata, ketika pemeriksaan dilakukan di bilik kedua rumah tersebut ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas lima minit diketuk.

"Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju T warna putih.

"Saya dapati terdapat susuk tubuh yang sedang baring berselimut atas katil lalu saya arahkan orang itu bangun dari katik dan turun dari katil.

"Saya dapati orang itu adalah seorang lelaki yang hanya memakai boxer berwarna kelabu dan ia adalah Shah Jaszle," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Radzi turut memberitahu mahkamah bahawa pelakon tersebut mengakui wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati, 22, yang bersamanya di dalam bilik itu adalah kekasihnya.

"Kedua-dua mereka dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya iaitu mereka kekasih."

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shah atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Picture
Umum mengetahui pelakon terkenal, Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita dikenali Farah Nurizzati Salleh, 21.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Farah Nurizzati mengaku bersalah dan didenda RM3,000.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 10 Jun ini untuk sesi soal balas oleh peguam tertuduh.

Shah Jaszle yang diwakili peguam syarie, Asyraf A Ranee dan Muhammad Hafiz Ab Rashid hadir berpakaian baju Melayu putih.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad