Pasangan Misha, Firos nikah pada bulan Mei 2014
Akhirnya desas desus tarikh pernikahan Misha Omar dengan tunangnya Firos Ezzwan yang juga seorang pilot MAS sudah diketahui.Memetik sumber, mereka sudah menetapkan 2 Mei nanti sebagai tarikh bersejarah buat diri mereka berdua bergelar suami isteri.
Diberitahu mengapa memilih bulan itu, mereka memilih sebab ada keberkatan pada bulan Islam iaitu bulan Rejab bersamaan hari Jumaat atas permintaan ibu Misha.
2 majlis diadakan iaitu pernikahan yang berlangsung di sebelah pagi manakala resepsi pula pada sebelah malam yang diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags