'Mawar Fareeda' Dikecam Hebat Kerana Kenyataan Angkuh & Berlagak Di Facebook
Tudung Fareeda mula hangat diperkatakan di media sosial semenjak berita
penangkapan tudung-tudung tiruan yang meniru paten tudung Fareeda yang
telah mengeluarkan belanja RM4 juta untuk mempromosikan tudung mereka.
Kita faham bab² paten dan ciplak. Memang wajar pihak Fareeda mengambil
tindakan terhadap peniaga² yang tidak beretika ini. Dalam hal ini, kita
harus menempatkan diri kita di kedudukan Fareeda selaku pengeluar dan
pengasas tudung Fareeda.
Namun, di laman Facebook rasmi Fareeda dikecam kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap berlagak dan sombong.
Berikut adalah kenyataan dari Fareeda:
Gambar dari Mazidul Akmal
"Nurkamisah Sharil: Jika ingin
berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves
di bawah RM100. Jika tak mampu menabung,. dan jangan risau jika
membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved."
Melalui pemahaman My Media Hub, ini bukanlah jawapan dari Mawar Abdul Karim, tetapi jawapan dari admin page FB Fareeda.
9 minit yang lalu dari entri ini diterbitkan, Facebook Fareeda keluarkan kenyataan penafian page tersebut dikendalikan oleh Mawar:
Seharusnya admin page berhati-hati mengeluarkan kenyataan di laman
Facebook rasmi mereka. Akibat dari kenyataan 'berlagak' itu, Mawar kini
dikecam oleh ramai pihak sehingga ada yang mahu memboikot tudung
Fareeda.
Pihak admin FB Fareeda seharusnya mempelajari kaedah komunikasi berkesan
tatkala menjawab persoalan atau memberi kenyataan di laman sosial.
Fareeda harus sedar, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu
dibaca mengikut tafsiran yang berbeza-beza. Seeloknya, biar seperti
menarik rambut dari dalam tepung, rambut berjaya di tarik, tepung tidak
berterabur.
Ramai yang terguris dengan kenyataan admin page berkenaan.
Islam melarang pembaziran dan menggalakkan sifat kesederhanaan. Belilah
tudung dengan harga yang berpatutan sekaligus memenuhi fungsi sebenar
tudung iaitu menutup aurat dan tutup DADA sekali.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags