HomeKisah Artis Almy Nadia anggap Fizz Fairuz Cinta Mati Nya Almy Nadia anggap Fizz Fairuz Cinta Mati Nya 0 Admin 8:27 AM Jika ada anugerah ‘Wanita Paling Setia’, ia mungkin layak untuk diberikan kepada pelakon cantik Almy Nadia. Ini semua kerana sepanjang lapan tahun dia menjalinkan hubungan dengan Fizz Fairuz, entah berapa banyak kepahitan yang sudah ditelan oleh wanita ini. --> Almy yang bakal mendirikan rumahtangga dengan Fizz pada Mei nanti, dan ramai yang kagum dengan ketabahan Almy yang sanggup menerima semula kekasihnya itu walaupun dia pernah melukakan hatinya. Almy yang pernah putus cinta kerana Fizz bertunang dengan isteri orang, Almy juga tidak melatah seperti kebanyakan wanita lain. Berkat ketabahannya menghadapi dugaan, akhirnya Fizz kembali menagih cintanya selepas dia ‘sedar’ akan kesilapan yang dilakukannya. Menerusi kenyataan sebuah akhbar tempatan , menurut Almy ibunya sendiri hairan bagaimana dia begitu setia dengan lelaki itu sehingga menggelarkan cinta mereka sebagai ‘cinta mati’. “Entahlah, saya pun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya. Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya,” jelasnya. Apa pun, diharap agar impian Almy untuk bergelar isteri kepada Fizz akan tercapai dan kekal bahagia untuk selama-lamanya. Tags Almy Nadia Cinta Fizz Fairuz Kisah Artis Newer Older